|
Bismillah Hirrahman NIrrahim....... Selamat menyambut Tahun Baru Islam Maal Hijrah 1426 buat semua umat Islamdi seluruh dunia. Semoga tahun yang mendatang ini menjanjikan kegembiraan dan kerahmatan dari Allah Rabbul Izzati. Dengan rasminya sekarang syam sudah berpindah ke Rumah Perlis Haiyu Sabiek. Teringat pula rumah lama, sudah masuk 2 tahun 4 bulan syam tinggal dekat rumah Raudhah tapi bila tiba2 kena pindah memang perasaan rasa lain sikit . Tapi sementara nak biasakan diri saja , nanti ok la tu. Kelmarin waktu angkat barang barang untuk pindah macam2 jadi, mana taknya barang syam dengan kawan syam semua ada dekat 3 lori......banyakkan ? Dengan 'Bawwab' rumah syam yang tolong angkat barang tu siap sempat curi haphone dan kasut kawan syam. Mentang2 la orang semua tengah sibuk angkat barang, dia ambik kesempatan pulak. Ingatkan hari terakhir nak keluar rumah dengan elok3 saja. Tak sangka pulak nak jadi macam ini. 'Bawab' yang selama hampir 2 tahun lebih kami ingat baik rupanya tidak. Tapi arab kat sini pun bukan boleh percaya 100%. Nasib baik Nureen sedar yang handphone hilang, kalau tak alamat hilang macam itu saja la. Kasut Mart Lanz , Am dengan Man mud pun dia kebas tapi tak mo mengaku tapi akhir sekali selepas di desak baru dia tunjuk dekat mana dia sembunyikan semua kasut itu. Ingat nak bagi upah dekat dia tapi dah jadi macam itu, tak jadi bagi cuma kami bagi dekat kaka dia yang banyak angkat kotak2 buku dan barang kami. Pengajarannya jangan mudah sangat percaya dekat arab ini....Banyak yang tak ok daripada ok ...... :) Tapi kalau yang baik, memang baik sungguh..... :D Syam sekarang duduk sebilik dengan Zainureen merangkap Yang Dipertua Pelajar Perlis 2006. Dulu sebilik dengan Syed Najib tapi dia sekarang duduk rumah lain, tak jauh cuma sebelah rumah saja, berjiran juga la :) ... . Dalam bilik syam dengan Nureen, Syam duduk katil atas , Zainureen katil bawah. Barang dengan kitab2 syam dengan nureen tak kemas lagi. Lagipun almari pun tiada lagi, dengar kata nak samapi 9 Februari ini. Harap2 cepat sikit la, pening tengok dalam bilik penuh dengan barang2 ....cuma malang sikit hari ini pasal mult syam luka sikit gara2 terhantuk dengan bucuk katil. Berdarah juga la .....Ini semua pasal katil yang disediakan rendah sangat sampai nak duduk berehat atas katil pun terpaksa tunduk. Bangun dari katil saja mulut dah terhantuk kayu katil ....sakit tau .... :) Satu lagi nak beritahu, Exco Sukan dan Kebudayaan KPP (Junihar) lantik syam jadi pengurus Team Singa Utara untuk Piala Presiden dekat Damanhur....Kalau nak ikutkan syam la, pikir2 memang syam tak layak la jadi pengurus..main seronok2 boleh la ...tapi dah orang bagi kepercayaan pada syam , syam akan cuba setakat mana yang syam mampu la .... Rempuh Singa Utara Rempuh..... +Semoga tahun baru ini Allah akan memanjangkan usia kita untuk membuat ibadah dan memurahkan rezeki kita untuk bersedekah dan menetapkan iman kita sepanjang hayat... Amin Ya Rabb +Ya Allah berkatilah ilmu kami dan jauhkan kami daripada sifat lupa agar kami dapat mencurahkan bakti setelah kepulangan kami ke tanah air tercinta nanti..Amin Ya Rabb Salam Maal Hijrah dari syam ............. 1.12 pagi Bumi Kaherah..... |
| Leave a Comment: |