|
Syam dan kawan-kawan syam hanya mengetahui yang visa umrah kami pohon tidak dapat diluluskan hanya pada masa 4 jam sebelum kami bertolak ke Terusan Suez untuk menaiki kapal laut ke Tanah Suci Mekah. Sudah banyak persediaan yang kami buat termasuk membeli makanan segera sebagai bekalan untuk kami berbuka dan bersahur di dalam kapal laut. Syam sempat membeli satu lagi kain ihram selain yang syam pinajam dari kawan syam sebagai persediaan kalau kain ihram yang pinjam dari kawan syam kotor. Tapi itulah semua itu kuasa Allah swt. Kita hanya boleh merancang, Allah yang menentukan. Kita merancang, Allah merancang....Allah adalah sebaik-baik perancang. Tengokla macam nanti mungkin sebelum balik Malaysia tahun depan syam pergi umrah kut. Tengok keadaan dan kewangan la ...... Semalam bertempat Di Dataran Malaysia Haiyu Asyir, berlangsung Kelas Tafaquh bersama Ulama yang tidak asing bagi mahasiswa Al Azhar di Bumi Anbiya iaitu Sheikh Nurudin Marbu Al Banjari Al Makki. Selalunya kelas Tafaquh beliau diadakan di Dewan Sultan Zainal Abidin, Rumah Terengganu tetapi untuk kelas yang terakhir ini, PMRAM, Majlis Kebajikan Keluarga Kedah (MKKK) dengan kerjasama Keluarga Pelajar Terengganu (KPT) mengadakannya di Dataran Malaysia Haiyu Asyir. Memang ramai sungguh yang hadir. Penuh dataran sampai ada yang duduk atas jalan tar. Sedih la gak pasal nak kena tunggu bulan puasa tahun depan lak baru leh jumpa balik Sheikh Nurudin. Itu pun kalau saya tak balik Malaysia la sebabnya cadang tu nak balik Malaysia. Ok ya setakat ni dulu..... Selamat menghayati Bulan Ramadhan dan selamat berpuasa ...... :) Doakan syam ya ... |
| Leave a Comment: |