Syam Almaad



Syed Aisam Bin Syed Idris
SyAm AlMaAd
Al Azhar Student's
Perlisian
syam_almaad@yahoo.com


Sejak Oktober 2003


   

<< July 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31

Waktu Negara Mesir



Listening


.: Radio Ikim.fm :.


<a href='http://cybermedia.mmu.edu.my/ext/ikimfm.asx' rel="nofollow">Play Radio IKIM.fm</a>
(klik play)

Brotherz - Warna-warna Cinta

Free Website Counter
Free Website Counter

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Sunday, October 23, 2005
Mimpi Kaabah.........

Salam Ramadhan buat semua muslimin dan muslimat. Al Fatihah buat Datin Seri Endon, Isteri Perdana Menteri kita yang telah kembali rahmatullah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang soleh. Amin Ya Rabb.

 

Syam ada dua  cerita yang syam nak kongsi bersama antum semua. Semalam ketika syam tidur, syam bermimpi yang syam berada di depan Kaabah. Satu perasaan yang syam tak dapat gambarkan, gembira, kagum dan rasa bersyukur sangat dan syam rasa amat seronok tengok Kaabah. Sedang asyik tengok kaabah dan  muslimin dan muslimat sedang beribadat, tiba-tiba syam dikejutkan dengan suara sahabat syam mengejutkan syam dari tidur untuk makan sahur. Apabila syam terjaga saja, syam basuh muka dan  mengucap panjang sambil memikir mimpi tadi. Tetapi walauapapun bermacam-macam  yang bermain di fikiran, syam tetap bersyukur kepada Allah swt kerana memberikan syam peluang merasakan pengalaman berada di depan kaabah walaupun dalam mimpi. Ini semestinya menguatkan lagi semangat syam untuk menunaikan umrah pada tahun depan. Semoga urusan umrah pada masa hadapan akan dipermudahkan. Amin Ya Rabb.

 

Satu lagi ialah peristiwa di Rusia iaitu seekor singa dalam kandang menyebut nama Allah berulang kali sehingga menimbulkan rasa takjub dan kagum pengunjungnya (syam rasa tempat itu mungkin zoo kut ). Bagi yang ingin melihat video tersebut sila kunjungi laman web ini Torrentmalaya untuk download video tersebut. Antum perlu register dalam web tersebut dan selepas itu boleh search dalam web tersebut klip video singa yang menyebut nama Allah ini . Semoga syam dan kita semua dapat mengambil iktibar dari peristiwa tersebut. Ok, semoga Ramadan kali ini lebih baik lepas. Salam Ramadan dari Bumi Anbiya..... jumpa lagi ws :)

 


Posted at 04:25 am by mysyam
Comments (1)  

Thursday, October 20, 2005
Pertengahan Bulan Ramadhan Al Mubarak....

   Salam Ramadhan dari syam ......ari ni dah genap 17 hari kita berpuasa dalam bulan Ramadhan, syam redha dengan ketentuan Ilahi yang syam memang tidak berpeluang untuk mengrjakan umrah pada Bulan Ramadhan kali ini. Mungkin ada hikmahnya dan Allah juga yang maha mengetahui.

Syam dan kawan-kawan syam hanya mengetahui yang visa umrah kami pohon  tidak dapat diluluskan hanya pada masa 4 jam sebelum kami bertolak ke Terusan Suez untuk menaiki kapal laut ke Tanah Suci Mekah. Sudah banyak persediaan yang kami buat termasuk membeli makanan segera sebagai bekalan untuk kami berbuka dan bersahur di dalam kapal laut. Syam sempat membeli satu lagi kain ihram selain yang syam pinajam dari kawan syam sebagai persediaan kalau kain ihram yang pinjam dari kawan syam kotor. Tapi itulah semua itu kuasa Allah swt. Kita hanya boleh merancang, Allah yang menentukan. Kita merancang, Allah merancang....Allah adalah sebaik-baik perancang. Tengokla macam nanti mungkin sebelum balik Malaysia tahun depan syam pergi umrah kut. Tengok keadaan dan kewangan la ......

Semalam bertempat Di Dataran Malaysia Haiyu Asyir, berlangsung Kelas Tafaquh bersama Ulama yang tidak asing bagi mahasiswa Al Azhar di Bumi Anbiya iaitu Sheikh Nurudin Marbu Al Banjari Al Makki. Selalunya kelas Tafaquh beliau diadakan di Dewan Sultan Zainal Abidin, Rumah Terengganu tetapi untuk kelas yang terakhir ini, PMRAM, Majlis Kebajikan Keluarga Kedah (MKKK) dengan kerjasama Keluarga Pelajar Terengganu (KPT) mengadakannya di Dataran Malaysia Haiyu Asyir. Memang ramai sungguh yang hadir. Penuh dataran sampai ada yang duduk atas jalan tar. Sedih la gak pasal nak kena tunggu bulan puasa tahun depan lak baru leh jumpa balik Sheikh Nurudin. Itu pun kalau saya tak balik Malaysia  la sebabnya cadang tu nak balik Malaysia. Ok ya setakat ni dulu.....

Selamat menghayati Bulan Ramadhan dan selamat berpuasa ...... :) Doakan syam ya ...

Posted at 08:17 pm by mysyam
Komen la sikit......  

Sunday, October 09, 2005
Umrah Dan Ramadhan Al Mubarak........

Salam Ramadhan dari Syam..Maaf syam dah lama tak menulis......tak sempat pasal banyak sangat keja yang berturut-turut..untuk pengetahuan semua syam akan menunaikan umrah bulan puasa ni. Harap semua doakan perjalanan dan ibadat umrah syam diterima Allah. Ok ya selamat hari raya dan maaf zahir batin .................. penulisan blog akan disambung selepas balik dari menunaikan umrah...
Selamat Menunaikan Ibadat Puasa dan Selamat Hari Raya Aidilfitri.....dari syam ....  

Posted at 02:09 pm by mysyam
Comments (1)  

Wednesday, August 17, 2005
Urusan Umrah ....... :)

Salamz....herm agak letih sekarang ni, mungkin kerana keadaan panas yang agak berpanjangan di Mesir sekarang ini. Air sejuk menjadi minuman utama sekarang ini. Sekarang ni tengah kalut buat pemantaua pasal pakej umrah dekat bandar Tahrir sebab dekat situ banyak syarikat Travel dan yang menjadi masalahnya tak banyak syarikat Travel yang buat pakeh umrah untuk orang bukan warganegara Mesir. Bila dah tahu macam itu, baru la terasa macam macam kita ni orang asing sangat kat sini, ibarat macam orang Indon kat negara kita. Dulu kita selalu kata dekat orang Indon, sekarang ni kita rasa macam diorang rasa. Hampes ...........

Alhamdulillah dah jumpa syarikat Travel yang agak tawaran pakejnya agak menarik, murah dan boleh duduk lama sikit dekat Mekah dan cuma duduk kat Madinah saja 4 hari cumanya makan saja belanja sendiri. Harga tawaran pakej dalam  LE 2250 kalau di tukar dalam US dalam US 391. Kalau dalam Rm dalam  RM 1470. Kra murahkan. Tapi sekarang ni syam tak daftar lagi sebab nak buat urusan pendaftaran memerlukan syam buat visa baru untuk tinggal di Mesir dan pemeriksaan kesihatan serta beberapa lagi urusan lain. Urusan visa mengambil masa dalam dua minggu dan urusan lain sekejap saja.  

Oklah ya, dokan syam dipermudahkan urusan untuk pi UMRAH ya....sebenarnya payah juga buat urusan dengan arab ni. Banyak songeh dan ragamnya.......tapi kena sabar saja ......Ilal lIqa .... :)

Posted at 12:53 am by mysyam
Comments (3)  

Sunday, August 14, 2005
Kursus Keusahawanan DMS........

   Salam, alhamdulillah syam baru selesai menjalani kursus Perniagaan di bawah seliaan Profesor Madya Abdul Latif dari Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan dari  Universiti Malaya. Banyak gak info baru yang syam dapat dari kursus ini. Tumpuan kursus perniagaan kali ini adalah lebih kepada pengurusan atau pentadbiran perniagan dan sedikit pengenalan tentang sistem perakaunan untuk perniagaan. Untuk kursus perniagaan kali ni semua peserta kursus di minta untuk menyediakan satu pelan perniagaan berdasarkan hasil pembelajaran dalam kursus tersebut. Dalam pelan perniagaan kali ini, syam buat pelan perniagaan tentang syarikat Cyber Stations yang menjalankan perkhidmatan membuat web, membuat program perisian komputer dan perkhidmatan internet. Lepas hantar pelan perniagaan, semua kena bentang depan Prof Madya Dr Abdul Latif.

 

Lepas rehat seminggu, syam sambung ambil kursus keusahawanan pula. Syarat untuk sertai kursus Keusahawanan kali 2 ni ialah mesti telah mengikuti kursus perniagaan. Kursus kali lebih memberi penekanan kepada konsep pengurusan kewangan seperti  konsep kunci kira-kira, penyata untung rugi, aliran tunai liabiliti dan macam-macam lagi. Kiranya satu benda baru bagi syam sebab syam tak pernah belajar semua tu sebelum ini. Tenaga pengajar kali ini adalah bekas Naib Canselor UUM iaitu Profesor Dr. Hamzah Ismail. Sekarang beliau menjadi sebagai perunding bebas syarikat pernigaan selepas tamat bertugas. ProfHamzah selalu sebut dalam kuliah, " Kamu kalau nak berniaga ka atau nak buat sesuatu pun, buatlah  apa yang kamu tahu, jangan buat apa kamu tak tahu, sebab kelak nanti akan timbul masalah", kata Prof Hamzah. Untuk kursus kali juga semua peserta diminta menyediakan pelan perniagaan sekali lagi. Tapi kali ini penekanan lebih kepada pengurusan kewangan. Syam buat pelan perniagaan bersama Ustaz Niza dari N9 dan projek keusahawanan yang kami buat kali ni adalah perkhidmatan kereta sewa. Kiranya banyak la benda yang syam belajar dalam sebulan setengah syam cuti. Terisi juga kan. Terasa macam semangat tinggi nak mula perniagaan tapi modal takda. Tak pa sabar dulukan ............ maaf la melalut sikit ...............

 

Dalam bulan ni ada seorang dari Ad Daie dan Ad Daieah yang telah meninggalkan kita iaitu Ahmad Deedat dan Zainab Al Ghazali. Semoga roh mereka di tempatkan dengan roh orang yang beriman. Amin Ya Rabb. Ok ya , nak ucap mabruk pada kawan-kawan yang berjaya dalam imtihan aka exam. Syam tengah tunggu result sekarang ini. Pelik jugak pasal apa tahun lambt sangat keluar. Doakan syam berjaya ya....ok jumpa lagi .Ilal Liqa....  :)


Posted at 02:18 am by mysyam
Comments (2)  

Previous Page Next Page