Syam Almaad



Syed Aisam Bin Syed Idris
SyAm AlMaAd
Al Azhar Student's
Perlisian
syam_almaad@yahoo.com


Sejak Oktober 2003


   

<< July 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31

Waktu Negara Mesir



Listening


.: Radio Ikim.fm :.


<a href='http://cybermedia.mmu.edu.my/ext/ikimfm.asx' rel="nofollow">Play Radio IKIM.fm</a>
(klik play)

Brotherz - Warna-warna Cinta

Free Website Counter
Free Website Counter

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Thursday, July 07, 2005
Sami Yusof & cuti yang panjang...................

 Salamz, alhamdulillah dah selamat habis Imtihan aka Exam, tapi dalam masa seminggu sebelum syam habis imtihan, syam dapat tawaran ikut kursus perniagaan anjuran DMS ( Department Malaysian Studies). Program ini adalah program usahasama antara Universiti Malaya,Malaysia dengan Universiti Kaherah, Mesira dan tahun lepas juga syam ambik  kursus politik, sains dan ekonomi anjuran jabatan yg sama juga. Kiranya cuti kali ini terisi juga walaupun kursus kali ni 3 minggu saja berbanding cuti 4 bulan.

Sekarang ini tengah tunggu natijah exam, harap-harap berjaya  hendaknya. Doakan syam ya. Dalam kalut-kalut kursus perniagaan tu syam dengan Zainureen, Rezduan dan Mart Lanz sempat curi masa tengok konsert nasyid Sami Yusof dekat Cairo International Confrence Center. Sami Yusof ini penyanyi nasyid dan pendakwah yang sekarang mula mendapat di peringkat antarabangsa.  Seronok juga kalau kita ada dalam satu majlis yang mana didalamnya berkumandang suara memuji dan berselawat ke junjungan besar Rasullah saw. Harga tiket boleh tahan tapi yang paling seronok sekali konsert Sami Yusof kali ini live dengan diiringi Kumpulan Orkestra Cairo. Rasa berbaloi juga pasal dapat dengar semua lagu dan single terbaru Sami Yusof 'Mother' sambil dapat tengok kemahiran beliau bermain piano gendang atau duff. Sebelum ini syam ingatkan Sami Yusof ini  orang Mesir, rupa-rupanya bukan dan yang pastinya dia orang negara Azerbaijan. Syam seronok lagi dengar konsert 'live' daripada dalam kaset. Kira secara keseluruhan syam berpuas hati la dengan konsert tu. Amacam Nureen, Mat Lan dan Wan nak pi tengok pula kalau ada lagi ?........

Cuti tahun ni ramai juga ahli bait (teman serumah) syam balik bercuti ke Malaysia. Mart Lan, Rosman Najib(teman sebilik) dan Redzuan. Ust Wan sekeluarga pun balik bercuti. Mart Lan naik satu flight MAS dengan Redzuan 10 Julai, Rosman dan Ust Wan sekeluarga naik flight SIA 11Julai dan Najib naik flight SIA 13 Julai. Semoga cuti terisi dengan perkara berfaedah. Lepas ni mesti teringat dekat Afifi (anak Ust Wan) sebab Afifi membesar depan syam dan warga Raudhah daripada tak boleh merangkak sampai sekarang boleh berlari-lari dalam rumah Raudhah kami. Nanti syam letak gambar Afifi bagi korang tengok . Comel tau ...........

Ok ya, bagi yang pulang bercuti,. selamat bercuti.Semoga  selamat pergi dan selamat pulang kembali Bumi Anbiya ini  . Jangan lupa bawa buah tangan dari Malaysia ok untuk kami yang tak balik ....ok jumpa lagi ws :)  

 


Posted at 03:03 am by mysyam
Komen la sikit......  

Saturday, June 04, 2005
Blog dapat cuti Peksa........

Salamz.....maaf ya , blog ni kena rehat kejap pasal syam tengah Final Exam .....lepas exam ni InsyaAllah akan disambung semula, tak lama, 21 Jun ni last paper ...... tunggu ya  .....doakan syam berjaya Exam ni ..... wasalam :)

Posted at 02:21 am by mysyam
Comments (1)  

Friday, April 15, 2005
Peristiwa Bulan Mac dan IRC (II)........

   Salamz, dah hampir dekat2 bulan dah tak blog ni bersawang, tak sempat nak update walaupun memang ada benda nak tulis. Tambahan pula sekarang ni kelas tambahan dah mula dan hampir setiap malam pulak ada. Dekat Mesir sekarang dah sampai musim peperiksaan, masing-masing sibuk nak menghabis pembacaan, penghafalan dan sewaktu dengannya. Kalau nak taip dekat rumah  boleh saja sebab  kat bilik syam dah ada komputer tapi kepunyaan Najib( kawan sebilik) tapi cuma masa saja yang tak mengizinkan.

 

Dalam bulab Mac lepas, syam sempat mengikuti kem latihan penulisan (KELAP) yang dianjurkan oleh PMRAM dan ternyata  ia yang banyak membantu mempertajamkan lagi kaedah penulisan syam dan dalam bulan ini juga satu peristiwa penting telah berlaku di Kompleks Malaysia Haiyu Asyir di mana telah diadakan satu program solat hajat dan motivasi tentang peperiksaan yang semakin menghimpit diri dan juga penyerahan  salinan memorandum daripada anak2 Selangor yang menuntut di Mesir yang telah dianiyai kepada Pegawai Hal Ehwal Pelajar Selangor di Mesir iaitu Encik Idris. Syam dengar khabar memorandum itu juga akan di hantar kepada Perdana Menteri Malaysia, Pak Lah.

 

Semoga nasib anak-anak selangor lebih terbela dan terjaga. Cuma yang tidak disangka ialah rakaman peristiwa perhimpunan pelajar secara aman bagi menyatakan sokongan terhadap anak-anak Selangor yang dianiayai dan penyerahan salinan memorandum itu telah dipergunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk kepentingan tertentu dengan mengatakan bahawa pelajar-pelajar di sini melakukan tunjuk perasaan dan rusuhan. Tindakan pihak media elektronik Malaysia  yang menyiarkan rakaman tersebut  juga dengan membuat ulasan sendiri tentang peristiwa tersebut tanpa merujuk pihak terbabit ternyata telah menimbulkan banyak kekeliruan. Oleh yang demikian, kesan daripada itu, ibu-bapa para pelajar di Mesir kini mula tertanya-tanya adakah anak mereka terlibat dalam peristiwa tersebut dan ini secara jelasnya mencacatkan imej pelajar agama khususnya. Walhal perhimpunan secara aman itu diadakan dengan kebenaran dan kawalan  pihak keselamatan Mesir sendiri yang mengetahui program itu diadakan sebagai tanda sokongan pelajar-pelajar lain terhadap tuntutan anak-anak Selangor yang dianiyai. Semoga Allah memperlihatkan kebenaran dan mempermudahkan urusan mereka . Amin Ya Rabb..        

 

Satu lagi isu yang menggemparkan dunia Islam ialah tindakan  Dr .Amina Wadud, seorang pensyarah aqidah dan falsafah di salah sebuah universiti di Amerika yang mengimamkan solat jumaat di sebuah gereja. Dr. Amina Wadud dan para penyokongnya yang terdiri daripada golongan pejuang hak wanita itu menganggap kaum wanita juga perlu mempunyai hak yang saksama dalam mengamal ajaran agama seperti kaum lelaki termasuk menjadi imam sembahyang Jumaat dan sembahyang-sembahyang yang lain.

 

Lebih 100 orang lelaki dan wanita menghadiri sembahyang Jumaat yang julung kali dipimpin oleh seorang imam wanita pada zaman moden ini. Sembahyang Jumaat itu diadakan di sebuah dewan dipanggil Synod House di gereja St. John the Divine di Manhattan. Menurut rancangan awal sembahyang Jumaat berimamkan Amina Wadud itu akan diadakan di masjid, tetapi pihak penganjur tidak berjaya mendapatkan mana-mana rumah Allah untuk melangsungkan ritual wajib mingguan itu.

 

Lalu mereka memilih The Sundaram Tagore Gallery. Bagaimanapun, disebabkan ada pihak mengancam mahu meletupkan The Sundaram Tagore Gallery jika sembahyang jemaah pimpinan wanita diadakan di situ, maka dipindah ke dewan gereja berkenaan. Kerana takutkan ancaman bom itu, maka sembahyang Jumaat pada hari itu terpaksa diadakan secara senyap-senyap dan dihadiri oleh para penyokong saja. Terdapat banyak pandangan ulama tentang peristiwa ini.  Sebenarnya syam dah ada buat pautan  berkiatan dengan pandangan ulama-ulama dunia pasal kejadian tersebut dekat bawah ni tapi bila nak upload kat Internet hilang pulak. Nanti syam letak lain.

 

Tentang IRC ( Suruhanjaya Antara Agama), syam ada terbaca dalam satu kenyataan  Perdana Menteri kita dalam media masa utama negara, Pak Lah yang mengatakan bahawa penubuhan IRC diTANGGUHkan untuk sementara waktu. Kalau mengikut pandangan syam, kalau perkataan tangguh yang digunakan, maksudnya perkara atau perbuatan itu bukan tidak jadi atau dibatalkan cuma perkara tersebut ditunda ke suatu masa akan datang. Jadi apa yang terdetik di hati syam ialah secara zahirnya pihak kerajaan nampaknya bersetuju dengan IRC ini dan cuma menunggu masa yang sesuai untuk melaksanakannya.

 

Majlis Perundangan Agama Budhha, Hindu, Kristian dan Sikh ( MCCBCHS ) adalah antara pendokong yang kuat ke arah penubuhan IRC tentunya gembira dengan perkhabaran ini kerana apa yang dicita-citakan hampir menjadi kenyataan. Presiden MCCBCHS, V Harcharan Singh secara terus terang dalam wawancara The Sun Weekend, 29 Januari yang lalu dengan sengaja menimbulkan hal-hal sensitif yang berkaitan  dengan agama Islam iaitu keperluan orang Islam diberi hak untuk murtad. Kenyataan itu sebenarnya berlanjutan daripada memorandum “ANTI ISLAM ” yang diberikan kepada Majlis Peguam dan yang kemudiannya mencetuskan kepada penubuhan IRC.

 

Harcharan juga mengkritik pihak penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan ( JAWI ) atas tindakan menahan orang-orang Islam yang melakukan kerja-kerja yang bertentangan dengan agama di sebuah kelab malam tersebut baru-baru ini. Beliau juga mempersoalkan kuasa JAWI untuk berbuat demikian, bukan lagi sekadar mengkritik kaedah penahanan dilakukan. Baginya isu–isu yang berkaitan moral harus di biarkan kepada keluarga dan individu sahaja. 

 

Keseluruhan memorandum MCCBCHS bertarikh 21 Ogos 2001 itu berbau anti-Islam. Antara aduan dan tuntutan mereka ialah Orang Islam hendaklah diberi hak untuk murtad. Supaya dapat berbuat demikian, mahkamah sivil dan bukanlah badan berkuasa syariah, yang berhak menuntut kebebasan untuk murtad dan dijadikan sebagai satu aspek kebebasan agama yang diperuntukkan oleh Perlembagaan bagi orang Islam.

 

Definisi Muslim dalam undang-undang negeri adalah amat luas dan tidak mematuhi Perlembagaan. Usaha yang dibuat oleh badan-badan berkuasa syariah adalah melampau dan boleh dipertikai. Kad pengenalan orang Islam sepatutnya tidak mencatatkan agama mereka.

MCCBCHS dan juga beberapa orang dalam Majlis Peguam, serta jawatankuasa kecil hak asasi manusia di bawahnya, tidak peduli dan sensitif dengan hakikat bahawa:

Bukan Islam tidak berhak membangkitkan isu-isu yang hanya menyentuh orang Islam sahaja dan juga ajaran Islam.

 

Mereka sebagai bukan Islam tidak berhak menimbulkan hak kebebasan beragama orang Islam. Bagi mereka, Perkara 11 dalam Perlembagaan Persekutuan yang memberi hak kebebasan agama, juga memberi hak kepada orang Islam untuk keluar agama, seolah-olah Perlembagaan mengatasi ajaran Islam. Tetapi bagi Muslim, hak kebebasan agama hendaklah ditafsir menurut ajaran Islam dan bukan melanggarnya. Sebagai pemimpin agama bukan Islam, hak mereka adalah mengenai agama mereka sahaja. Mereka tidak boleh campurtangan atau mendesak ajaran agama-agama lain diubah untuk kepentingan mereka. Kalau sempadan ini dicerobohi, maka penganut mana-mana agama boleh menyentuh ajaran agama lain, dan ini boleh menimbulkan rasa marah.

 

Yang syam dan semua umat Islam di Malaysia  bukan sahaja perlu bahkan wajib bimbangkan adalah sikap campur tangan mereka dalam hal-hal yang tidak ada kena mengena dengan hak untuk menganuti agama masing-masing  itu semakin menjolok mata.Selain boleh mengancam keharmonian agama di negara ini, ia dianggap tindakan biadab dan mesti di hentikan.Bangunlah wahai umat Islam, tegakkan Ad Dinmu yang kini di permainkan. Tunggu sambungan seterusnya. Doakan syam teguh dalam pengembaraan ilmu ini. Periksa dah dekat mungkin kurang sikit nak datang internet. Mungkin entry seterusya lepas periksa kut. Kalau syam ada masa terluang syam akan   cuba update gak. Doakan syam dan kawan kat sini ya untuk final exam kali ini. Wasalam........................... :)

 

Syam letak pautan ke web yang dibuat khas sebegai bantahan terhadap penubuhan IRC. Klik dekat sini : Bantahan IRC   

 

+ Doakan syam ya untuk final exam kali ni…..

+ Semoga Islam terus tertegak di Bumi Allah yang indah ini

+ Salam Imtihan dari syam buat kawan-kawan di Bumi Anbiya.studi molek, InsyaAllah najah......
+   Syukran buat
Ukhtie Nailofar kerana memperingati ana agar Istiqomah dalam penulisan blog...                   

 

    

 

 

 


Posted at 03:00 am by mysyam
Komen la sikit......  

Saturday, February 26, 2005
Suruhanjaya Antara Agama (IRC).......Apa ini ?????

   Salamz, lama dah tak menulis dekat blog ini, walaupun kenkadang tu teringin nak tulis cuma tangan ni saja yang segan nak menaip dan kadang-kadang tu malas duduk cyber cafe  ni lama-lama. Ya la dekat rumah mana ada komputer sendiri, yang kawannya ada la tapi dia pun nak guna jugak. Tuntas syam pilih taip dekat cyber cafe saja.

 Tadi syam bertukar-tukar pendapat tentang satu isu yang sedang panas di Malaysia sekarang ini  dalam perbincangan Usrah syam ni iaitu pasal Suruhanjaya Antara Agama (IRC) yang ura-uranya akan ditubuhkan di Malaysia. Dari apa yang syam tahu fungsi IRC adalah mengadakan satu mekanisme untuk menyelesaikan masalah antara agama misalnya hak orang Islam untuk Murtad , dan ini tentulah tidak dibiarkan oleh orang Islam. 

 Suruhanjaya Antara Agama (IRC) serta rang undang-undang mengenainya akan dilancarkan pada 24 dan 25 Februari ini. Seperti dijelaskan dalam beberapa artikel terdahulu, IRC (nama asalnya Majlis Antara Agama) adalah hasil perancangan antara majlis perundingan agama-agama bukan Islam atau Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh (MCCBCHS) dengan Majlis Peguam dan ternyata IRC bakal musnahkan keharmonian berbilang agama dan Majlis Peguam juarai hak untuk murtad.

Penganjur kini berusaha keras bagi mendapat "restu" pemimpin utama kerajaan iaitu  untuk melancarkan IRC, termasuk daripada Perdana Menteri sendiri, selepas menyedari tentangan berterusan daripada umat Islam negara ini. Akan tetapi yang paling menyedihkan kita ada di kalangan Menteri Kabinet negara kita berbangsa Melayu dan yang paling penting sekali beragama Islam bersutuju dengan penubuhan IRC ini dan menyatakan sokongan dengan merasmikan Forum Penubuhan Suruhanjaya Antara Agama Malaysia (IFC) di Hotel Equatorial, Bangi semalam seraya menyatakan, baginya tidak ada halangan untuk menubuhkan IFC.

Rais dalam sidang medianya disana menyatakan penubuhan IFC ini sejajar dengan pelaksanaan konsep Islam Hadhari yang mahu rakyat hidup dalam suasana harmoni. Bagaimanapun, dalam ucaptama yang sama Rais telah membuat kenyataan yang dikatakan boleh menjejaskan akidah malah menhina Islam.

"Tidak ada mana-mana penganut agama yang boleh menyatakan bahawa agama mereka lebih baik dari agama lain,' kata Rais Yatim yang kemudiannya mendapat kecaman banyak pihak kerana kenyataannya kali ini berkaitan dengan akidah dan ini menunjukkan beliau seolah-olah tidak yakin dengan Islam. Seraya itu Ust Ahmad Awang yang merupakan bekas Yang Di Pertua PUM  yang memberi komen terhadap kenyataan tersebut  dengan menyatakan bahawa ia amat bersalahan dengan akidah Islam. Manakala Ust Idris Ahmad  menyarankan Majlis Fatwa Kebangsaan mengambil tindakan serius terhadap Rais Yatim diatas kenyataannya.

Berbeza pula dengan sahabatnya yang juga sejawat dengannya di Jabatan Perdana Menteri iaitu Dato Dr Abdullah Zain yang sekeras-keras menolak cadangan tersebut sambil menyatakan bahawa ia amat bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan Fasa dan menolak draf mukadimah penubuhan ICM mengenai halangan penyebaran agama lain terhadap orang Islam dalam Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Dalam jawatankuasa penubuhan IRC, agama-agama lain diwakili seorang saja, tetapi untuk Islam diwakili pelbagai pihak yang bertentangan, yakni ACCIN (pendapat arus perdana Islam), kumpulan Kassim Ahmad(diwakili Sham Haris Fadhillah), Sisters in Islam dan Dr Chandra Muzaffar (yang berpendapat orang Islam harus diberi hak murtad yang juga menjadi pencetus kepada penubuhan IRC ini sekitar 70 an dan terus memberi sokongan terhadapnya selepas Majlis Peguam mengambil alih tugas untuk menubuhkannya.

Satu lagi perkembangan kurang sihat dalam hal berkaitan adalah campur tangan Peter Schier, Pengarah Konrad Adenauer Foundation (KAF) Malaysia, dengan memberi bantuan kewangan, bagi mempromosikan aktiviti seumpama itu.Peter Schier terbabit dalam beberapa aktiviti yang memberi gambaran buruk kepada Islam. Beliau pernah menganjurkan persidangan Etika Global, yang merupakan satu konsep sekular, bertujuan menggantikan agama sebagai sumber ajaran moral dan etika. Beliau mengambil ajaran-ajaran bersamaan dari semua agama, yang digabungkan semuanya menjadi sumber utama etika dan moral, manakala agama kemudiannya diketepikan.
 
Dalam kegiatan yang sama beliau juga menayangkan satu dokumentari mengenai Etika Global. Di dalamnya ada beberapa aspek yang memberi gambaran buruk kepada Islam. Ini ditentang beberapa tokoh Islam terkemuka seperti Prof Kamal Hassan dan pemimpin ABIM. Beliau turut menjadi editor bersama buku bertajuk "Is Malaysia An Islamic State?" yang mana beberapa isu-isu bertentangan dengan kedudukan Islam di Malaysia telah diheboh-hebohkan. Peter Schier dikatakan pakar dalam campurtangan masalah politik di negeri beliau bertugas. Pada tahun 90-an, semasa beliau di Kemboja sebagai wakil KAF, beliau telah diserang oleh beberapa pihak di sana kerana campurtangannya dalam hal ehwal politik negara itu. Sekarang nampaknya beliau melakukan kerja yang sama di Malaysia. Tepat sekali digambarkan beliau sebagai "cultural saboteuer" (pakar sabotaj budaya). Kerajaan digesa supaya meninjau gerak-gerinya yang sentiasa memasukkan pendirian "anti-Islam" melalui kegiatan KAF di negara ini sebelum tercetus tragedi tidak diingini.

Daripada beberapa maklumat yang syam nyatakan diatas hasil dari kajian dan pencarian maklumat, apa yang syam boleh nyatakan ia merupakan salah satu rancangan musuh-musuh Islam bagi melemahkan Islam dan penubuhan suruhanjaya itu adalah sandiwara bagi membolehkan lebih ramai lagi umat Islam dapat mereka murtadkan. Oleh itu kita hendaklah menolak dan menentang sekerasnya penubuhan IRC . Setakat ini dulu, nantikan sambungan kedua .......wasalam ( Maaf jika terdapat kesilapan tatabahasa ya, beri komen anda tentang masalah ini..........)

p/s: + Apa nak jadi sekarang ni ? Urusan berkaitan Agama Islam pun nak diambil alih oleh 
          penganut agama lain.....?????
       + Masalah murtad semakin berleluasa apakah tindakan yang kita ambil .....???
       + Adakah ini salah satu dari rancangan atau cabang yang terdapat dalam Islam yang
          dikatakan Islam Hadari ???????


Posted at 02:47 am by mysyam
Comments (5)  

Saturday, February 12, 2005
Awal Muharram....1426

            DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Assalamualikum..... Salam Maal Hijrah 1426 buat semua dari Syam, semoga tahun yang mendatang ini akan lebi membawa keberkatan dan keredhaanNya. InsyaAllah.

Al Fatihah buat Amati Kumas yang telah pergi mengadap Rabbu Izzati pada hari Selasa 8 Februari 2005. Amati Kumas meninggal dunia selepas menderita sakit kanser yang bermula dari kerongkong dan merebak ke seluruh anggota badannya yang lain. Doktornya meramal beliau mampu bertahan 6-12 bulan tapi Allah punya kuasa lepas 3 bulan saja, dia dah ambik nyawa hambanya. Sakaratul Maut datang tanpa awal atau lewat walaupun sesaat. Kita selaku hamba hendak bersedia menghadapi saat sakaratul Maut kita dengan berbuat alam dan bertaubat selalu. Semoga rohnya di tempatkan bersama org-org yang soleh dan beriman. InsyaAllah.

Baru-baru ini, syam menalifon umi syam nak bertanyakan khabar keluarga dan nak beritahu duit yang dikirim dah selamat syam ambil kat HSBC. Umi syam bagitahu yang adik syam Nur dah keluar dari asrama dan sekarang ini berulang-alik dari rumah ke sekolah (SMKAP). Syam tahu tentu susah nak berulang setiap hari tapi itu saja jalan nak membiarkan adik syam bersekolah dekat situ pasal dia memang enggan tinggal kat asrama lagi sekarang cuma dia berjanji nak masuk asrama balik waktu tahun akhir pengajian. Harap-harap Nur bersungguh-sungguh dalam pelajarannya.

Syam juga risau dan dapat tahu yang umi syam diserang sakit darah tinggi dan dah ada simpton-simpton awal sakit jantung dan kencing manis dan ini mungkin berpunca kerana umi syam kurang rehat dan mungkin agak tertekan sebab nak kena jaga dua nenek syam yang sakit dan nak kena berdepan dengan karenah dan perangai anak-anaknya termasuk syam sambil mengurus makan,minum dan pakaian yang kadang-kadang tu memang menguji kesabarannya. Tapi syam tahu umi syam memang tabah dalam hidup dia dan kalau boleh dia memang tak mahu anak-anaknya terpesong dalam membina kehidupan mereka dan itu yang menyebab syam kagum dengan umi syam. Umilah yang menjadi penguat semangat bagi syam dalam meneruskan safar ilmi di Mesir ni.

Sekalung tahniah buat Amati Azizah @ Ustazah Sh. Azizah yang dianugerahi Tokoh Maal Hijrah untuk kali kedua oleh Pemangku Raja Perlis. Sememangnya Amati layak untuk menerima anugerah itu berdasarkan usaha-usaha dakwah yang amati jalankan di negeri Perlis ini khususnya. Amati juga ibarat Umi kedua bagi syam yang mana Amati lah yang banyak mendidik syam dam memberi begitu kuat dorongan untuk syam melanjutkan pengajian syam di Bumi Anbiya ini. Alfu Mabruk buat Amati. Syukran Jazilan atas segala jasa yang Amati lakukan dan hanya Allah saja yang dapat membalasnya.

Syam sempat mengambil peluang ketika kedatangan dua orang Pensyarah UIAM ke Mesir untuk menghadiri Pesta Buku Antarabangsa ke 37 di sini. Kedatangan kedua-dua orang tersebut adalah untuk buku-buku untuk rujukan Tesis PHD. Dr. Yusri Mohd adalah salah seorang dari mereka sedang dalam proses menyiapkan Tesis PHD dlm bidang Usul Fiqh. Syam mengambil peluang menanyakan tentang tatacara untuk menyambung pengajian dalam bidang Sarjana di UIAM dan beliau banyak memberi sedikit sebanyak maklumat yamg syam perlukan. Kalau diikutkan memang lambat lagi untuk syam menempuh alam pengajian Sarjana cuma syam rasa maklumat awal itu perlu. Pesanan penting syam dapat dari Dr. Yusri itu adalah adalah lebih baik jika syam mula berjinak-jinak dengan dunia penulisan sebagai satu pendedahan awal untuk penulisan Sarjana dengan membuat aritikel-artikel dan sebagainya. Syam rasa penulisan blog ini juga adalah satu cabang penulisan yang mampu memberi syam sedikit peluang untuk meluaskan lagi skop penulisan syam dan syam mengharapkan nasihat atau komen membina dari antum semua untuk syam memperbaiki lagi skil penulisan syam. Siru Ala Barakatillah....... :)

Selamat Tahun Baru Islam @ Selamat menyambut Maal Hijrah 1426. Semoga kita sentiasa di bawah keredhaannya .... Kullu Sanah Waantum Toyibin

p/s: Blog Ust Syed Abd Kadir AlJoofre (sahabat merangkap guru) klik sini
 
AlJOOFRE


"Orang berbudi kita berbahasa. Orang memberi kita merasa. Budi adalah pakaian diri. Dan akhlak adalah cermin peribadi. Jadilah insan yang berakhlak sama ada di alam maya mahupun di alam nyata"



Posted at 11:54 pm by mysyam
Comments (1)  

Previous Page Next Page