Syam Almaad



Syed Aisam Bin Syed Idris
SyAm AlMaAd
Al Azhar Student's
Perlisian
syam_almaad@yahoo.com


Sejak Oktober 2003


   

<< June 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30

Waktu Negara Mesir



Listening


.: Radio Ikim.fm :.


<a href='http://cybermedia.mmu.edu.my/ext/ikimfm.asx' rel="nofollow">Play Radio IKIM.fm</a>
(klik play)

Brotherz - Warna-warna Cinta

Free Website Counter
Free Website Counter

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Monday, February 13, 2006
Kembara Tarbawi Ke Semenanjung Sinai......

Salamz, sekarang ni syam dalam kembara ke semenanjung Sinai bersama DPM Damanhur ...dah banyak tempat yang kami lawat antaranya Terowong Ahmad Hamdi yang merentasi Terusan Suez....Kubu Sultan Salehuddin Al Ayubi yang berhampiran dengan sempadan Israel, Jordan, Arab Saudi dan Paelstin. KIra nampak 4 negara tu dari sini. Kubu tu dekat tengah laut dan kena naik kapal pergi dekat situ. Geram saja bila nampak bendera Negara Israel dekat situ.

Ari ni , syam akan pegi ke makam Nabi Harun dan Nabi Saleh, kampung Nabi Syuaib, St Catehrine dan banyak tempat lagi dan yang paling penting malam ni syam ngan kenkawan akan daki Jabal Musa, tempat dimana Nabi Musa bermunajat kepad Allah selama 40 hari. Tinggi juga ..Doakan syam berjaya ya ....Sejuk tu kat tempat tu .... ws :) nanti syam sambung ya ...


Posted at 10:29 am by mysyam
Comments (2)  

Tuesday, January 31, 2006
Perasaan tinggal Rumah Baru ......

Bismillah Hirrahman NIrrahim.......

Selamat menyambut Tahun Baru Islam Maal Hijrah 1426 buat semua umat Islamdi seluruh dunia. Semoga tahun yang mendatang ini menjanjikan kegembiraan dan kerahmatan dari Allah Rabbul Izzati. Dengan rasminya sekarang syam sudah berpindah ke Rumah Perlis Haiyu Sabiek. Teringat pula rumah lama, sudah masuk 2 tahun 4 bulan syam tinggal dekat rumah Raudhah tapi bila tiba2 kena pindah memang perasaan rasa lain sikit . Tapi sementara nak biasakan diri saja , nanti ok la tu.

Kelmarin waktu angkat barang barang untuk pindah macam2 jadi, mana taknya barang syam dengan kawan syam semua ada dekat  3 lori......banyakkan ? Dengan   'Bawwab' rumah syam yang tolong angkat barang tu siap sempat curi haphone dan kasut kawan syam. Mentang2 la orang semua tengah sibuk angkat barang, dia ambik kesempatan pulak. Ingatkan hari terakhir nak keluar rumah dengan elok3 saja. Tak sangka pulak nak jadi macam ini. 'Bawab' yang selama hampir 2 tahun lebih kami ingat baik rupanya tidak. Tapi arab kat sini pun bukan boleh percaya 100%. Nasib baik Nureen sedar yang handphone hilang, kalau tak alamat hilang macam itu saja la. Kasut Mart Lanz , Am dengan Man mud pun dia kebas tapi tak mo mengaku tapi akhir sekali selepas di desak baru dia tunjuk dekat mana dia sembunyikan semua kasut itu. Ingat nak bagi upah dekat dia tapi dah jadi macam itu, tak jadi bagi cuma kami bagi dekat kaka dia yang banyak angkat kotak2 buku dan barang kami. Pengajarannya jangan mudah sangat percaya dekat arab ini....Banyak yang tak ok daripada ok ...... :) Tapi kalau yang baik, memang baik sungguh..... :D

Syam sekarang duduk sebilik dengan Zainureen merangkap Yang Dipertua Pelajar Perlis 2006. Dulu sebilik dengan Syed Najib tapi dia sekarang duduk rumah lain, tak jauh cuma sebelah rumah saja, berjiran juga la  :) ... . Dalam bilik syam dengan Nureen, Syam duduk katil atas , Zainureen katil bawah. Barang dengan kitab2 syam dengan nureen tak kemas lagi. Lagipun almari pun tiada lagi, dengar kata nak samapi 9 Februari ini. Harap2 cepat sikit la, pening tengok dalam bilik penuh dengan barang2 ....cuma malang sikit hari ini pasal mult syam luka sikit gara2 terhantuk dengan bucuk katil. Berdarah juga la .....Ini semua pasal katil yang disediakan rendah sangat sampai nak duduk berehat atas katil pun terpaksa tunduk. Bangun dari katil saja mulut dah terhantuk kayu katil ....sakit tau .... :)

Satu lagi nak beritahu, Exco Sukan dan Kebudayaan KPP (Junihar) lantik syam jadi pengurus Team Singa Utara untuk Piala Presiden dekat Damanhur....Kalau nak ikutkan syam la, pikir2  memang syam tak layak la jadi pengurus..main seronok2 boleh la ...tapi dah orang bagi kepercayaan pada syam , syam akan cuba setakat mana yang syam mampu la .... Rempuh Singa Utara Rempuh.....

+Semoga tahun baru ini Allah akan memanjangkan usia kita untuk membuat ibadah  dan memurahkan rezeki kita untuk bersedekah dan menetapkan iman kita sepanjang hayat... Amin Ya Rabb

+Ya Allah berkatilah ilmu kami dan jauhkan kami daripada sifat lupa agar kami dapat mencurahkan bakti setelah kepulangan kami ke tanah air tercinta nanti..Amin Ya Rabb

Salam Maal Hijrah dari syam .............

1.12 pagi

Bumi Kaherah.....


Posted at 02:58 am by mysyam
Komen la sikit......  

Sunday, January 29, 2006
Hari yang paling boring ......:(

Salamz.....baru balik umah Perlis.....tengok bola Mesir lawan Ivory Coast. Mesir menang 3 -1 dan layak pergi suku akhir. Bengangnya ari ni, pertama pada Polis Mesir yang kawal stadium....bayang syam ngan kawan lain dah beli tiket nak tengok bola perlawanan ini la tapi tak boleh masuk pulak. Pergi sejam sebelum mula pun tak boleh masuk. Berjalan la pegi gate satu lagi mana tahu kut2 boleh masuk ikut gate itu pulak  tapi malangya gate tu pun tutup juga. Gagah kaki juga pegi gate satu lagi kalau2 terbuka tapi tutp gak .....Argh bengangnya, kalau ikut hati maunya bakar stadium ni tapi bila tengok balik bukan syam ngan kawan syam ja yang sangkut tapi orang Mesir pun tak boleh masuk tengok gak .

Polis tu cakap tiket yang dijual melebihi kapasiti yang mampu di tampung oleh stadium tu. Dah la nombor seat pun takda....nasib baik Piala Afrika ..bukan Piala Dunia lagi. Nasib baik kat Mesir payah sikit nak buat laporan masalah ini. Kalau kat UK mungkin dah jadi jutawan dah syam..boleh saman berjuta juta .. :D  Dulu Mesir pernah tawar diri nak anjur Piala Dunia tapi nasib baik la takda negara yang undi diorang. Aku bukan tak suka tapi aku tak yakin yang Mesir boleh anjur temasya sebesar itu walhal Piala Afrika pun tengok macam tak berapa nak berjaya sangat. Bravo Afrika Selatan pasal dapat hak anjur kejohanan tu tapi maaf la syam tak ingat tahun bila diorang dapat hak nak anjur temasya tu ....

Esok syam ngan geng raudhah akan pindah rumah dari Raudhah ke Rumah Perlis Haiyu Sabiek. Tuan rumah syam tadi kelam kabut saja bila syam bagitau nak pindah umah. Mula la dier mintak duit itu la, duit ni la ....biasa la...makan duit gak dier ni..naik pening kepala berurusan dengan orang Arab ni ...ok ya nak balik kemas barang lak ...lepas ni sambung balik ...chaiyok syam chaiyok..... aja aja fighting............ :)  wasalam


Posted at 01:01 am by mysyam
Komen la sikit......  

Saturday, January 28, 2006
Pindah Rumah .....

Salamz buat semua.....Hujung bulan ni syam ngan kengkawan pindah umah dari Bait Raudhah Abbas El Aqqad ke Umah Perlis Haiyu Sabiek. Kira bulan ni adalah bulan terakhir syam duduk kat umah Raudhah. Teringat balik pulak waktu mula2 sampai kat Mesir dulu, umah ni la yg disediakan oleh senior untuk bacth kami. Rumah paling besar dan panjang setakat ini sepanjang pemerhatian kami terhadap umah2 sewa kat Bumi Anbiya ni.... 

Mula-mula tu tengok umah ni macam tak siap ja, pasal ada bata ja,tak da simen plaster yg menutup batu bata banggunan. Dah la warna semua banggunan kat sini satu warna aja....warna coklat pasir...kalau ada yg color lain pun boleh kira saja. Sewa agak berpatutan iaitu LE 900 berpadanan dengan keluasan dan bilangan bilik yang ada. Banyak kenangan kat rumah Raudhah ni ..biasa la duduk 2 tahun lebihkan...... Ada yang manis, ada yang pahit, ada masam, kelat pun ada .....  tak lupa masin pun ada, cuma masalah umah Perlis ni tak da internet. Jadi macam patah kaki sikit la .......Semoga semua menjadi memori yang tak dapat di lupakan ...

Tadi talifon umah .......hampir sejam gak bincang ngan Ammati (Makcik yg macam mak sendiri)....pasal zakat Perlis, pasal keluarga pasal tiket nak balik. Sedar tak sedar dah nak masuk bulan Februari dah....yeyeye dekat dah nak balik Malaysia. Sabar2 lagi 4 , 5 bulanlagi nak balik. Tapi kan bila pikir balik harga tiket yang semakin naik...naik pening gak ....Ammati suruh serve dulu harga tiket dulu ......tengok harga yg tak mahal sangat dan tak murah sangat. Biasa la takut kalau yg murah ni kena kapur lak ..kalau yang mahal kut tak mampu lak. Dalam hati ni rasa macam nak naik MAS Airlines ja balik..cepat sikit sampai.....tapi semua tu tengok keadaan la ...... ok ya nak gi tengok baju dalm mesin lak ..dah habis pusing kut..... Muazzin pun dah azan subuh dah....nak solat lak.... jumpa lagi ws :)

 


Posted at 07:56 am by mysyam
Komen la sikit......  

Thursday, January 05, 2006
Cerita Tahun Baru 2006.....

Salam buat semua...Wink lama tak update walaupun komputer dengan internet dah terbentang depan mata. Syam pun tak pasti kenapa, mungkin ada virus malas update blog kut ...apa-apa pun syam mintak maaf pada semua yang menghantar mesej & email menanyakan bila entry seterusnya. InsyaAllah syam akan cuba update selalu....I will try my best..........Please pray for me .......Smile

Alhamdulillah sekarang dah masuk tahun 2006, mesti ramai yang dah pasang azam baru....Bagi syam tahun ni , syam nak sempurnakan azam tahun lepas yang masih belum sempurna. Kira macam bayar hutang la kan ..... :)

Alhamdulillah syam dapat hadiah lagi iaitu cd  Nasyid Anugerah Carta Nasyid Ikim 2005 dari abang Isman  Kumpulan Hijjaz. Abg Isman kirim kepada Ustaz Nabil sewaktu Ust Nabil transit dekat KLIA sebelum bertolak datang sini.  Tahun lepas sewaktu Hijjaz datang buat konsert dekat Mesir, syam dapat cd Album Nasyid Mestica -Layar Keinsafan-.Kiranya dapat dua cd percuma la. Terima kasih abg2 Hijjaz terutamanya abg Isman..  Shades Kenangan syam bersama Abg2 Hijjaz memang tak dapat dilupakan. Nanti datang lagi ya Perlembahan Nil ini......

Sekarang dekat Bumi Mesir, pelajar2 Universiti Al Azhar tengah imtihan, ada yang dah habis imtihan dan ada yang sebaliknya. Syam ada satu paper semester ini iaitu Nahu Bahasa Arab pada 16/1 ini. Doakan syam najah  ya ....ok jumpa lagi ws :)

 

syam........Shades

Raudhah 10.33 malam ...

+ To Karim & Redzuan, selamat datang kedua blogger ....rajin2 update ya......jgn jd macam syam

+ Blog Karim....... +Blog Redzuan....... klik saja kat nama diorang kat sebelah ni ...


Posted at 10:33 pm by mysyam
Comments (2)  

Next Page