Syam Almaad



Syed Aisam Bin Syed Idris
SyAm AlMaAd
Al Azhar Student's
Perlisian
syam_almaad@yahoo.com


Sejak Oktober 2003


   

<< January 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31

Waktu Negara Mesir



Listening


.: Radio Ikim.fm :.


<a href='http://cybermedia.mmu.edu.my/ext/ikimfm.asx' rel="nofollow">Play Radio IKIM.fm</a>
(klik play)

Brotherz - Warna-warna Cinta

Free Website Counter
Free Website Counter

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Sunday, January 29, 2006
Hari yang paling boring ......:(

Salamz.....baru balik umah Perlis.....tengok bola Mesir lawan Ivory Coast. Mesir menang 3 -1 dan layak pergi suku akhir. Bengangnya ari ni, pertama pada Polis Mesir yang kawal stadium....bayang syam ngan kawan lain dah beli tiket nak tengok bola perlawanan ini la tapi tak boleh masuk pulak. Pergi sejam sebelum mula pun tak boleh masuk. Berjalan la pegi gate satu lagi mana tahu kut2 boleh masuk ikut gate itu pulak  tapi malangya gate tu pun tutup juga. Gagah kaki juga pegi gate satu lagi kalau2 terbuka tapi tutp gak .....Argh bengangnya, kalau ikut hati maunya bakar stadium ni tapi bila tengok balik bukan syam ngan kawan syam ja yang sangkut tapi orang Mesir pun tak boleh masuk tengok gak .

Polis tu cakap tiket yang dijual melebihi kapasiti yang mampu di tampung oleh stadium tu. Dah la nombor seat pun takda....nasib baik Piala Afrika ..bukan Piala Dunia lagi. Nasib baik kat Mesir payah sikit nak buat laporan masalah ini. Kalau kat UK mungkin dah jadi jutawan dah syam..boleh saman berjuta juta .. :D  Dulu Mesir pernah tawar diri nak anjur Piala Dunia tapi nasib baik la takda negara yang undi diorang. Aku bukan tak suka tapi aku tak yakin yang Mesir boleh anjur temasya sebesar itu walhal Piala Afrika pun tengok macam tak berapa nak berjaya sangat. Bravo Afrika Selatan pasal dapat hak anjur kejohanan tu tapi maaf la syam tak ingat tahun bila diorang dapat hak nak anjur temasya tu ....

Esok syam ngan geng raudhah akan pindah rumah dari Raudhah ke Rumah Perlis Haiyu Sabiek. Tuan rumah syam tadi kelam kabut saja bila syam bagitau nak pindah umah. Mula la dier mintak duit itu la, duit ni la ....biasa la...makan duit gak dier ni..naik pening kepala berurusan dengan orang Arab ni ...ok ya nak balik kemas barang lak ...lepas ni sambung balik ...chaiyok syam chaiyok..... aja aja fighting............ :)  wasalam


Posted at 01:01 am by mysyam
Komen la sikit......  

Saturday, January 28, 2006
Pindah Rumah .....

Salamz buat semua.....Hujung bulan ni syam ngan kengkawan pindah umah dari Bait Raudhah Abbas El Aqqad ke Umah Perlis Haiyu Sabiek. Kira bulan ni adalah bulan terakhir syam duduk kat umah Raudhah. Teringat balik pulak waktu mula2 sampai kat Mesir dulu, umah ni la yg disediakan oleh senior untuk bacth kami. Rumah paling besar dan panjang setakat ini sepanjang pemerhatian kami terhadap umah2 sewa kat Bumi Anbiya ni.... 

Mula-mula tu tengok umah ni macam tak siap ja, pasal ada bata ja,tak da simen plaster yg menutup batu bata banggunan. Dah la warna semua banggunan kat sini satu warna aja....warna coklat pasir...kalau ada yg color lain pun boleh kira saja. Sewa agak berpatutan iaitu LE 900 berpadanan dengan keluasan dan bilangan bilik yang ada. Banyak kenangan kat rumah Raudhah ni ..biasa la duduk 2 tahun lebihkan...... Ada yang manis, ada yang pahit, ada masam, kelat pun ada .....  tak lupa masin pun ada, cuma masalah umah Perlis ni tak da internet. Jadi macam patah kaki sikit la .......Semoga semua menjadi memori yang tak dapat di lupakan ...

Tadi talifon umah .......hampir sejam gak bincang ngan Ammati (Makcik yg macam mak sendiri)....pasal zakat Perlis, pasal keluarga pasal tiket nak balik. Sedar tak sedar dah nak masuk bulan Februari dah....yeyeye dekat dah nak balik Malaysia. Sabar2 lagi 4 , 5 bulanlagi nak balik. Tapi kan bila pikir balik harga tiket yang semakin naik...naik pening gak ....Ammati suruh serve dulu harga tiket dulu ......tengok harga yg tak mahal sangat dan tak murah sangat. Biasa la takut kalau yg murah ni kena kapur lak ..kalau yang mahal kut tak mampu lak. Dalam hati ni rasa macam nak naik MAS Airlines ja balik..cepat sikit sampai.....tapi semua tu tengok keadaan la ...... ok ya nak gi tengok baju dalm mesin lak ..dah habis pusing kut..... Muazzin pun dah azan subuh dah....nak solat lak.... jumpa lagi ws :)

 


Posted at 07:56 am by mysyam
Komen la sikit......  

Thursday, January 05, 2006
Cerita Tahun Baru 2006.....

Salam buat semua...Wink lama tak update walaupun komputer dengan internet dah terbentang depan mata. Syam pun tak pasti kenapa, mungkin ada virus malas update blog kut ...apa-apa pun syam mintak maaf pada semua yang menghantar mesej & email menanyakan bila entry seterusnya. InsyaAllah syam akan cuba update selalu....I will try my best..........Please pray for me .......Smile

Alhamdulillah sekarang dah masuk tahun 2006, mesti ramai yang dah pasang azam baru....Bagi syam tahun ni , syam nak sempurnakan azam tahun lepas yang masih belum sempurna. Kira macam bayar hutang la kan ..... :)

Alhamdulillah syam dapat hadiah lagi iaitu cd  Nasyid Anugerah Carta Nasyid Ikim 2005 dari abang Isman  Kumpulan Hijjaz. Abg Isman kirim kepada Ustaz Nabil sewaktu Ust Nabil transit dekat KLIA sebelum bertolak datang sini.  Tahun lepas sewaktu Hijjaz datang buat konsert dekat Mesir, syam dapat cd Album Nasyid Mestica -Layar Keinsafan-.Kiranya dapat dua cd percuma la. Terima kasih abg2 Hijjaz terutamanya abg Isman..  Shades Kenangan syam bersama Abg2 Hijjaz memang tak dapat dilupakan. Nanti datang lagi ya Perlembahan Nil ini......

Sekarang dekat Bumi Mesir, pelajar2 Universiti Al Azhar tengah imtihan, ada yang dah habis imtihan dan ada yang sebaliknya. Syam ada satu paper semester ini iaitu Nahu Bahasa Arab pada 16/1 ini. Doakan syam najah  ya ....ok jumpa lagi ws :)

 

syam........Shades

Raudhah 10.33 malam ...

+ To Karim & Redzuan, selamat datang kedua blogger ....rajin2 update ya......jgn jd macam syam

+ Blog Karim....... +Blog Redzuan....... klik saja kat nama diorang kat sebelah ni ...


Posted at 10:33 pm by mysyam
Comments (2)  

Sunday, October 23, 2005
Mimpi Kaabah.........

Salam Ramadhan buat semua muslimin dan muslimat. Al Fatihah buat Datin Seri Endon, Isteri Perdana Menteri kita yang telah kembali rahmatullah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang soleh. Amin Ya Rabb.

 

Syam ada dua  cerita yang syam nak kongsi bersama antum semua. Semalam ketika syam tidur, syam bermimpi yang syam berada di depan Kaabah. Satu perasaan yang syam tak dapat gambarkan, gembira, kagum dan rasa bersyukur sangat dan syam rasa amat seronok tengok Kaabah. Sedang asyik tengok kaabah dan  muslimin dan muslimat sedang beribadat, tiba-tiba syam dikejutkan dengan suara sahabat syam mengejutkan syam dari tidur untuk makan sahur. Apabila syam terjaga saja, syam basuh muka dan  mengucap panjang sambil memikir mimpi tadi. Tetapi walauapapun bermacam-macam  yang bermain di fikiran, syam tetap bersyukur kepada Allah swt kerana memberikan syam peluang merasakan pengalaman berada di depan kaabah walaupun dalam mimpi. Ini semestinya menguatkan lagi semangat syam untuk menunaikan umrah pada tahun depan. Semoga urusan umrah pada masa hadapan akan dipermudahkan. Amin Ya Rabb.

 

Satu lagi ialah peristiwa di Rusia iaitu seekor singa dalam kandang menyebut nama Allah berulang kali sehingga menimbulkan rasa takjub dan kagum pengunjungnya (syam rasa tempat itu mungkin zoo kut ). Bagi yang ingin melihat video tersebut sila kunjungi laman web ini Torrentmalaya untuk download video tersebut. Antum perlu register dalam web tersebut dan selepas itu boleh search dalam web tersebut klip video singa yang menyebut nama Allah ini . Semoga syam dan kita semua dapat mengambil iktibar dari peristiwa tersebut. Ok, semoga Ramadan kali ini lebih baik lepas. Salam Ramadan dari Bumi Anbiya..... jumpa lagi ws :)

 


Posted at 04:25 am by mysyam
Comments (1)  

Thursday, October 20, 2005
Pertengahan Bulan Ramadhan Al Mubarak....

   Salam Ramadhan dari syam ......ari ni dah genap 17 hari kita berpuasa dalam bulan Ramadhan, syam redha dengan ketentuan Ilahi yang syam memang tidak berpeluang untuk mengrjakan umrah pada Bulan Ramadhan kali ini. Mungkin ada hikmahnya dan Allah juga yang maha mengetahui.

Syam dan kawan-kawan syam hanya mengetahui yang visa umrah kami pohon  tidak dapat diluluskan hanya pada masa 4 jam sebelum kami bertolak ke Terusan Suez untuk menaiki kapal laut ke Tanah Suci Mekah. Sudah banyak persediaan yang kami buat termasuk membeli makanan segera sebagai bekalan untuk kami berbuka dan bersahur di dalam kapal laut. Syam sempat membeli satu lagi kain ihram selain yang syam pinajam dari kawan syam sebagai persediaan kalau kain ihram yang pinjam dari kawan syam kotor. Tapi itulah semua itu kuasa Allah swt. Kita hanya boleh merancang, Allah yang menentukan. Kita merancang, Allah merancang....Allah adalah sebaik-baik perancang. Tengokla macam nanti mungkin sebelum balik Malaysia tahun depan syam pergi umrah kut. Tengok keadaan dan kewangan la ......

Semalam bertempat Di Dataran Malaysia Haiyu Asyir, berlangsung Kelas Tafaquh bersama Ulama yang tidak asing bagi mahasiswa Al Azhar di Bumi Anbiya iaitu Sheikh Nurudin Marbu Al Banjari Al Makki. Selalunya kelas Tafaquh beliau diadakan di Dewan Sultan Zainal Abidin, Rumah Terengganu tetapi untuk kelas yang terakhir ini, PMRAM, Majlis Kebajikan Keluarga Kedah (MKKK) dengan kerjasama Keluarga Pelajar Terengganu (KPT) mengadakannya di Dataran Malaysia Haiyu Asyir. Memang ramai sungguh yang hadir. Penuh dataran sampai ada yang duduk atas jalan tar. Sedih la gak pasal nak kena tunggu bulan puasa tahun depan lak baru leh jumpa balik Sheikh Nurudin. Itu pun kalau saya tak balik Malaysia  la sebabnya cadang tu nak balik Malaysia. Ok ya setakat ni dulu.....

Selamat menghayati Bulan Ramadhan dan selamat berpuasa ...... :) Doakan syam ya ...

Posted at 08:17 pm by mysyam
Komen la sikit......  

Next Page