Thursday, January 05, 2006
Cerita Tahun Baru 2006.....
Salam buat semua...
lama tak update walaupun komputer dengan internet dah terbentang depan mata. Syam pun tak pasti kenapa, mungkin ada virus malas update blog kut ...apa-apa pun syam mintak maaf pada semua yang menghantar mesej & email menanyakan bila entry seterusnya. InsyaAllah syam akan cuba update selalu....I will try my best..........Please pray for me .......
Alhamdulillah sekarang dah masuk tahun 2006, mesti ramai yang dah pasang azam baru....Bagi syam tahun ni , syam nak sempurnakan azam tahun lepas yang masih belum sempurna. Kira macam bayar hutang la kan ..... :)
Alhamdulillah syam dapat hadiah lagi iaitu cd Nasyid Anugerah Carta Nasyid Ikim 2005 dari abang Isman Kumpulan Hijjaz. Abg Isman kirim kepada Ustaz Nabil sewaktu Ust Nabil transit dekat KLIA sebelum bertolak datang sini. Tahun lepas sewaktu Hijjaz datang buat konsert dekat Mesir, syam dapat cd Album Nasyid Mestica -Layar Keinsafan-.Kiranya dapat dua cd percuma la. Terima kasih abg2 Hijjaz terutamanya abg Isman..
Kenangan syam bersama Abg2 Hijjaz memang tak dapat dilupakan. Nanti datang lagi ya Perlembahan Nil ini......
Sekarang dekat Bumi Mesir, pelajar2 Universiti Al Azhar tengah imtihan, ada yang dah habis imtihan dan ada yang sebaliknya. Syam ada satu paper semester ini iaitu Nahu Bahasa Arab pada 16/1 ini. Doakan syam najah ya ....ok jumpa lagi ws :)
syam........
Raudhah 10.33 malam ...
+ To Karim & Redzuan, selamat datang kedua blogger ....rajin2 update ya......jgn jd macam syam
+ Blog Karim....... +Blog Redzuan....... klik saja kat nama diorang kat sebelah ni ...
Posted at 10:33 pm by mysyam
Permalink
Sunday, October 23, 2005
Salam Ramadhan buat semua muslimin dan muslimat. Al Fatihah buat Datin Seri Endon, Isteri Perdana Menteri kita yang telah kembali rahmatullah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang soleh. Amin Ya Rabb.
Syam ada dua cerita yang syam nak kongsi bersama antum semua. Semalam ketika syam tidur, syam bermimpi yang syam berada di depan Kaabah. Satu perasaan yang syam tak dapat gambarkan, gembira, kagum dan rasa bersyukur sangat dan syam rasa amat seronok tengok Kaabah. Sedang asyik tengok kaabah dan muslimin dan muslimat sedang beribadat, tiba-tiba syam dikejutkan dengan suara sahabat syam mengejutkan syam dari tidur untuk makan sahur. Apabila syam terjaga saja, syam basuh muka dan mengucap panjang sambil memikir mimpi tadi. Tetapi walauapapun bermacam-macam yang bermain di fikiran, syam tetap bersyukur kepada Allah swt kerana memberikan syam peluang merasakan pengalaman berada di depan kaabah walaupun dalam mimpi. Ini semestinya menguatkan lagi semangat syam untuk menunaikan umrah pada tahun depan. Semoga urusan umrah pada masa hadapan akan dipermudahkan. Amin Ya Rabb.
Satu lagi ialah peristiwa di Rusia iaitu seekor singa dalam kandang menyebut nama Allah berulang kali sehingga menimbulkan rasa takjub dan kagum pengunjungnya (syam rasa tempat itu mungkin zoo kut ). Bagi yang ingin melihat video tersebut sila kunjungi laman web ini Torrentmalaya untuk download video tersebut. Antum perlu register dalam web tersebut dan selepas itu boleh search dalam web tersebut klip video singa yang menyebut nama Allah ini . Semoga syam dan kita semua dapat mengambil iktibar dari peristiwa tersebut. Ok, semoga Ramadan kali ini lebih baik lepas. Salam Ramadan dari Bumi Anbiya..... jumpa lagi ws :)
Posted at 04:25 am by mysyam
Permalink
Thursday, October 20, 2005
Pertengahan Bulan Ramadhan Al Mubarak....
Salam Ramadhan dari syam ......ari ni dah genap 17 hari kita berpuasa dalam bulan Ramadhan, syam redha dengan ketentuan Ilahi yang syam memang tidak berpeluang untuk mengrjakan umrah pada Bulan Ramadhan kali ini. Mungkin ada hikmahnya dan Allah juga yang maha mengetahui.
Syam dan kawan-kawan syam hanya mengetahui yang visa umrah kami pohon tidak dapat diluluskan hanya pada masa 4 jam sebelum kami bertolak ke Terusan Suez untuk menaiki kapal laut ke Tanah Suci Mekah. Sudah banyak persediaan yang kami buat termasuk membeli makanan segera sebagai bekalan untuk kami berbuka dan bersahur di dalam kapal laut. Syam sempat membeli satu lagi kain ihram selain yang syam pinajam dari kawan syam sebagai persediaan kalau kain ihram yang pinjam dari kawan syam kotor. Tapi itulah semua itu kuasa Allah swt. Kita hanya boleh merancang, Allah yang menentukan. Kita merancang, Allah merancang....Allah adalah sebaik-baik perancang. Tengokla macam nanti mungkin sebelum balik Malaysia tahun depan syam pergi umrah kut. Tengok keadaan dan kewangan la ......
Semalam bertempat Di Dataran Malaysia Haiyu Asyir, berlangsung Kelas Tafaquh bersama Ulama yang tidak asing bagi mahasiswa Al Azhar di Bumi Anbiya iaitu Sheikh Nurudin Marbu Al Banjari Al Makki. Selalunya kelas Tafaquh beliau diadakan di Dewan Sultan Zainal Abidin, Rumah Terengganu tetapi untuk kelas yang terakhir ini,
PMRAM, Majlis Kebajikan Keluarga Kedah (MKKK) dengan kerjasama Keluarga Pelajar Terengganu (KPT) mengadakannya di Dataran Malaysia Haiyu Asyir. Memang ramai sungguh yang hadir. Penuh dataran sampai ada yang duduk atas jalan tar. Sedih la gak pasal nak kena tunggu bulan puasa tahun depan lak baru leh jumpa balik Sheikh Nurudin. Itu pun kalau saya tak balik Malaysia la sebabnya cadang tu nak balik Malaysia. Ok ya setakat ni dulu.....
Selamat menghayati Bulan Ramadhan dan selamat berpuasa ...... :) Doakan syam ya ...
Posted at 08:17 pm by mysyam
Permalink
Sunday, October 09, 2005
Umrah Dan Ramadhan Al Mubarak........
Salam Ramadhan dari Syam..Maaf syam dah lama tak menulis......tak sempat pasal banyak sangat keja yang berturut-turut..untuk pengetahuan semua syam akan menunaikan umrah bulan puasa ni. Harap semua doakan perjalanan dan ibadat umrah syam diterima Allah. Ok ya selamat hari raya dan maaf zahir batin .................. penulisan blog akan disambung selepas balik dari menunaikan umrah...
Selamat Menunaikan Ibadat Puasa dan Selamat Hari Raya Aidilfitri.....dari syam ....
Posted at 02:09 pm by mysyam
Permalink
Wednesday, August 17, 2005
Salamz....herm agak letih sekarang ni, mungkin kerana keadaan panas yang agak berpanjangan di Mesir sekarang ini. Air sejuk menjadi minuman utama sekarang ini. Sekarang ni tengah kalut buat pemantaua pasal pakej umrah dekat bandar Tahrir sebab dekat situ banyak syarikat Travel dan yang menjadi masalahnya tak banyak syarikat Travel yang buat pakeh umrah untuk orang bukan warganegara Mesir. Bila dah tahu macam itu, baru la terasa macam macam kita ni orang asing sangat kat sini, ibarat macam orang Indon kat negara kita. Dulu kita selalu kata dekat orang Indon, sekarang ni kita rasa macam diorang rasa. Hampes ...........
Alhamdulillah dah jumpa syarikat Travel yang agak tawaran pakejnya agak menarik, murah dan boleh duduk lama sikit dekat Mekah dan cuma duduk kat Madinah saja 4 hari cumanya makan saja belanja sendiri. Harga tawaran pakej dalam LE 2250 kalau di tukar dalam US dalam US 391. Kalau dalam Rm dalam RM 1470. Kra murahkan. Tapi sekarang ni syam tak daftar lagi sebab nak buat urusan pendaftaran memerlukan syam buat visa baru untuk tinggal di Mesir dan pemeriksaan kesihatan serta beberapa lagi urusan lain. Urusan visa mengambil masa dalam dua minggu dan urusan lain sekejap saja.
Oklah ya, dokan syam dipermudahkan urusan untuk pi UMRAH ya....sebenarnya payah juga buat urusan dengan arab ni. Banyak songeh dan ragamnya.......tapi kena sabar saja ......Ilal lIqa .... :)
Posted at 12:53 am by mysyam
Permalink