Salamz buat semua.....Hujung bulan ni syam ngan kengkawan pindah umah dari Bait Raudhah Abbas El Aqqad ke Umah Perlis Haiyu Sabiek. Kira bulan ni adalah bulan terakhir syam duduk kat umah Raudhah. Teringat balik pulak waktu mula2 sampai kat Mesir dulu, umah ni la yg disediakan oleh senior untuk bacth kami. Rumah paling besar dan panjang setakat ini sepanjang pemerhatian kami terhadap umah2 sewa kat Bumi Anbiya ni....
Mula-mula tu tengok umah ni macam tak siap ja, pasal ada bata ja,tak da simen plaster yg menutup batu bata banggunan. Dah la warna semua banggunan kat sini satu warna aja....warna coklat pasir...kalau ada yg color lain pun boleh kira saja. Sewa agak berpatutan iaitu LE 900 berpadanan dengan keluasan dan bilangan bilik yang ada. Banyak kenangan kat rumah Raudhah ni ..biasa la duduk 2 tahun lebihkan...... Ada yang manis, ada yang pahit, ada masam, kelat pun ada ..... tak lupa masin pun ada, cuma masalah umah Perlis ni tak da internet. Jadi macam patah kaki sikit la .......Semoga semua menjadi memori yang tak dapat di lupakan ...
Tadi talifon umah .......hampir sejam gak bincang ngan Ammati (Makcik yg macam mak sendiri)....pasal zakat Perlis, pasal keluarga pasal tiket nak balik. Sedar tak sedar dah nak masuk bulan Februari dah....yeyeye dekat dah nak balik Malaysia. Sabar2 lagi 4 , 5 bulanlagi nak balik. Tapi kan bila pikir balik harga tiket yang semakin naik...naik pening gak ....Ammati suruh serve dulu harga tiket dulu ......tengok harga yg tak mahal sangat dan tak murah sangat. Biasa la takut kalau yg murah ni kena kapur lak ..kalau yang mahal kut tak mampu lak. Dalam hati ni rasa macam nak naik MAS Airlines ja balik..cepat sikit sampai.....tapi semua tu tengok keadaan la ...... ok ya nak gi tengok baju dalm mesin lak ..dah habis pusing kut..... Muazzin pun dah azan subuh dah....nak solat lak.... jumpa lagi ws :)
Posted at 07:56 am by mysyam