Salam Ramadhan buat semua muslimin dan muslimat. Al Fatihah buat Datin Seri Endon, Isteri Perdana Menteri kita yang telah kembali rahmatullah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang soleh. Amin Ya Rabb.
Syam ada dua cerita yang syam nak kongsi bersama antum semua. Semalam ketika syam tidur, syam bermimpi yang syam berada di depan Kaabah. Satu perasaan yang syam tak dapat gambarkan, gembira, kagum dan rasa bersyukur sangat dan syam rasa amat seronok tengok Kaabah. Sedang asyik tengok kaabah dan muslimin dan muslimat sedang beribadat, tiba-tiba syam dikejutkan dengan suara sahabat syam mengejutkan syam dari tidur untuk makan sahur. Apabila syam terjaga saja, syam basuh muka dan mengucap panjang sambil memikir mimpi tadi. Tetapi walauapapun bermacam-macam yang bermain di fikiran, syam tetap bersyukur kepada Allah swt kerana memberikan syam peluang merasakan pengalaman berada di depan kaabah walaupun dalam mimpi. Ini semestinya menguatkan lagi semangat syam untuk menunaikan umrah pada tahun depan. Semoga urusan umrah pada masa hadapan akan dipermudahkan. Amin Ya Rabb.
Satu lagi ialah peristiwa di Rusia iaitu seekor singa dalam kandang menyebut nama Allah berulang kali sehingga menimbulkan rasa takjub dan kagum pengunjungnya (syam rasa tempat itu mungkin zoo kut ). Bagi yang ingin melihat video tersebut sila kunjungi laman web ini Torrentmalaya untuk download video tersebut. Antum perlu register dalam web tersebut dan selepas itu boleh search dalam web tersebut klip video singa yang menyebut nama Allah ini . Semoga syam dan kita semua dapat mengambil iktibar dari peristiwa tersebut. Ok, semoga Ramadan kali ini lebih baik lepas. Salam Ramadan dari Bumi Anbiya..... jumpa lagi ws :)